Bengkel-Bengkel di BDSP

BENGKEL DOBI

Segala keperluan dobi telah di sediakan oleh pihak Bengkel Daya contohnya seperti mesin basuh, sterika wap, papan sterika, mesin pengering dan sebagainya bagi memudahkan lagi proses kerja di bengkel.
operasi bengkel dobi menetapkan sasaran untuk perkhidmatan dobi di sekitar Sg. Petani seperti Jabatan kerajaan dan swasta termasuklah Institusi Pendidikan seperti Institut Kemahiran Mara, Uitm Merbok dan sebagainya, semua pekerja OKU di bayar gaji sebanyak RM 7.00 sehari dan kerja lebih masa RM 1.50 sejam. Pada 11 Januari 2011, Bengkel Dobi telah menerima Tempahan perkhidmatan dobi daripada Kem PLKN Rimba Taqwa Sik dan Kem PLKN Damai Park,Merbok.


TAPAK SEMAIAN/EDIBLE GARDEN
Tumpuan sepenuhnya kepada semaian, cantuman,penjagaan dan pembajaan dijalankan secara berskala dan sepenuh masa.Untuk jualan dan tempahan hiasan dalam majlis atau lain-lain yang berkaitan.



TERNAKAN KELI

 Projek ternakan ikan keli telah mula beroperasi pada bulan Disember 2009, buat permulaan sebanyak 3,000 ekor benih ikan keli telah dilepaskan ke dalam kolam simen yang di bina sebanyak 4 buah kolam. Pihak pengurusan Bengkel Daya telah mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu daripada Jabatan Perikanan daerah Kuala Muda serta khidmat nasihat daripada orang perseorangan yang telah lama berkecimpung dalam bidang tersebut.


BENGKEL KICAP

-Mula beroperasi pada 16 Febuari 2010.
-Mempunyai seramai 10 orang pekerja OKU.
-Di awal operasi produk kicap telah Berjaya dipasarkan di sekitar Kedah,Perlis dan Pulau Pinang.


BENGKEL COKLAT

Bengkel ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ) dan menjalinkan perniagaan secara usahasama dengan Bengkel Daya Sg. Petani. Walaupun baru menjalankan perniagaan selama lebih kurang 7 bulan tetapi pihak Bengkel Coklat telah menunjukkan peningkatan terhadap jualan dan pemasaran. Pasaran coklat ini telah diperluaskan ke negeri Perak, P.Pinang dan K.Lumpur. Semua pekerja OKU di bengkel ini telah dibuat caruman KWSP dan SOCSO untuk memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara.


BENGKEL JAHITAN

Kemudahan tenaga pengajar terlatih dan berkebolehan untuk membimbing pekerja OKU bagi meningkatkan kualiti dan kemahiran.Tempahan dan jualan cadar ,tirai dan perhiasan rumah.


KERJA-KERJA AM/PEMBERSIHAN KAWASAN

 Kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar Bengkel Daya Sg. Petani dilakukan oleh kontraktor yang telah dilantik melalui tender iaitu Syarikat Layar Warisan dan mempunyai seramai 6 orang pekerja termasuk 2 orang pekerja OKU yang telah di ambil bekerja sebagai pembersih kawasan. Pekerja OKU tersebut di bayar gaji sekitar RM 600 sebulan.