Thursday, July 3, 2014

Latihan Kecemasan

Kemalangan berlaku tanpa diduga, boleh berlaku di mana-mana. Justeru, wajar kita sentiasa bersedia untuk sebarang tindakan keselamatan bila berlaku kecemasan. Berdasarkan objektif ini, BDSP telah mengadakan latihan kecemasan dalaman yang melibatkan kakitangan dan pekerja OKU pada 17 Jun 2014. Latihan diselia oleh pegawai bertugas iaitu En. Yasir Mansor dan Pn. Nurul Jannah. Tempoh yang diambil oleh semua yang terlibat untuk berkumpul di tempat perhimpunan ialah 5.21. Syabas semua!!
 
 
 
 




 



 

Tuesday, June 17, 2014

Pertandingan Nasyid JKM Kategori Institusi Peringkat Negeri kedah Tahun 2014

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan-rakan kita yang menyertai pertandingan nasyid tersebut pada 16 Jun 2014. Pertandingan ini diadakan di Dewan Harapan, Taman Sinar Harapan Jitra, Kedah. BDSP telah diwakili oleh Kumpulan Jannatul Firdaus yang dianggotai seramai 13 orang di bawah pimpinan En. Azrul Azwar Ismail dan Ustaz Abdullah Salleh. Lagu nasyid yang bertajuk "Wassatiyah" berjaya membawa Jannatul Firdaus menjadi Naib Johan. Syabas tuan-tuan!!! Semoga bertambah usaha tahun depan dan beroleh kejayaan yang lebih baik. 
 



 

Thursday, May 8, 2014

LAWATAN DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG SUNGAI PETANI KEDAH.


Terima kasih di ucapkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang yang telah memilih Bengkel Daya Sungai Petani sebagai destinasi lawatan pada kali ini. Disertai seramai 57 orang peserta lawatan yang di ketuai oleh Penyelaras lawatan Cikgu Rosli, terdiri daripada guru, pelajar serta waris pelajar. Semua peserta lawatan telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Azharun Che Rus dan di bantu oleh Pn. Nurul Jannah dan juga Pn. Rosita. Peserta lawatan juga telah di beri peluang untuk  melawat ke bengkel-bengkel yang terdapat di Bengkel Daya Sungai Petani Kedah.

Pengurus Pn. Nor Faida Binti Razalli menyerahkan cenderahati kepada En. Rosli







Wednesday, May 7, 2014

Karnival OKU dan Penyampaian Kit Kelahiran Anak Daerah Baling

Progam ini berlangsung pada 6 Mei 2014 bertempat di Padang Awam Kuala Ketil. Ia melibatkan PDK Zon Tengah Negeri Kedah termasuklah dari Daerah Kuala Muda. Kehadiran orang ramai sejak pagi dimeriahkan dengan pelbagai program serta kehadiran pelawak Man Belon untuk menggamatkan suasana. BDSP telah dijemput untuk menyertai jualan produk diuruskan oleh En. Sarnizam dan En. Abd Rahim serta dibantu pekerja OKU Khairul Anuar dan Abdul Norhisham.
 










 

 

Sunday, May 4, 2014

Lawatan Sambil Belajar ke Negeri Terengganu


Bengkel Daya Sungai Petani Kedah telah mengadakan lawatan ke negeri Terengganu Darul Iman.Terima kasih di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah menaja makan malam kepada semua peserta lawatan yang terdiri daripada pekerja OKU dan kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani. Lawatan selama 3 hari 2 malam, banyak memberi kenangan manis kepada semua pekerja OKU dan kakitangan yang telah menyertai lawatan ini. Antara tempat yang dilawati seperti, Pusat Tamadun Islam, STR Batik Sdn Bhd, Bengkel Pemulihan Marang, Taman Monumen dan selepas itu kesemua peserta lawatan diberi peluang membeli belah di Pasar Payang .Lawatan kali ini dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman, khususnya kepada pekerja OKU yang begitu gembira sekali, ini dapat dilihat daripada riak wajah masing-masing.Terima kasih di ucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan lawatan sambil belajar pada kali ini bagi tahun 2014, khususnya kepada Pengurus Bengkel Daya Sungai Petani Kedah, Puan Nor Faida Binti Razalli yang memberi idea untuk lawatan ke negeri Terengganu pada kali ini.


ANTARA GAMBAR LAWATAN 

Peserta bersiap-siap sebelum perjalanan bermula










Penyampaian cenderahati kepada En. Fadhuli, Pengetua TSH Kuala Terengganu

Cenderahati diberi kepada En. Shaballah, Timbalan Pengarah JKMN Terengganu

Cenderahati kepada En. Mohamad Nor, wakil dari Pejabat Menteri Besar Terengganu yang sudi menaja makan malam di Restoran Terapung


lawatan ke STR Batik, Kuala Ibai






Cenderahati kepada pengusaha STR Batik, kak Mar



Wargakerja BDSP diberi peluang mencanting