Sunday, September 22, 2013

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Atas dasar keprihatinan terhadap alam sekitar serta cinta kepada kebersihan, pekerja OKU telah mengambil inisiatif membersih kawasan di sekitar BDSP pada 14 dan 16 September 2013. Walaupun hari tersebut merupakan hari cuti bekerja, namun itu bukanlah alasan untuk mereka mengabaikan kebersihan. Malah mereka berganding bahu sama-sama berkongsi tanggungjawab merealisasi "Institusiku, syurgaku". Syabas diucapkan kepada En. Azrul Azwar dan semua pekerja OKU yang terlibat.