Wednesday, December 14, 2011

Kejohanan Bowling Bengkel Daya Sungai Petani 2011

Pada 10 Disember 2011 bertempat di  Ampang Superbowl Sungai Petani, Pihak pengurusan Bengkel Daya Sungai Petani telah mengadakan satu kejohanan bowling antara kakitangan serta penghuni OKU.  Setiap kumpulan diketuai oleh kakitangan BDSP dan 2 atau 3 orang penghuni OKU. Alhamdulillah kejohanan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan di atas kerjasama dalam melaksanakan kejohanan ini dalam usaha untuk mengembirakan hati penghuni-penghuni OKU di BDSP. Kejohanan ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. 










Majlis penyampaian hadiah bagi para penghuni dijalankan di Pejabat pentadbiran Bengkel Daya Sungai Petani

Juara Kumpulan
Juara Individu Kategori Kakitangan




Sunday, November 13, 2011

Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Kedah 2011

Bengkel Daya Sungai Petani telah menerima jemputan ke Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat peringkat Negeri Kedah.  Pelbagai acara dijalankan  sepanjang Majlis berlansung. Majlis diadakan pada 25 Oktober 2011 , bertempat di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, Gurun Kedah. Pihak Bengkel Daya Sungai Petani, telah membuka gerai Jualan sepanjang majlis berlansung.

Gerai Kami

Thursday, November 10, 2011

Lawatan Sambil Belajar Dari SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil

Pada 2 November 2011, Bengkel Daya Sungai Petani, telah menerima lawatan sambil belajar dari SMK Tanjong Puteri, Kuala Ketil. Ketibaan warga SMK Tanjong Puteri telah disambut oleh Pengurus serta kakitangan. Mereka diberi taklimat mengenai Bengkel Daya terlebih dahulu , sebelum dibawa melawat ke Bengkel-bengkel.
Warga SMK Tanjung Puteri dan Tuan Pengurus BDSP

Sesi Taklimat

Tuan Pengurus menyampaikan cenderahati kepada guru pengiring smk Tanjung Puteri
Lawatan ke Bengkel Jahitan


Di beri taklimat di Bengkel Coklat

Para pelajar smk Tanjong Puteri melawat Bengkel Dobi

melawat Kolam Ikan Keli
Nurseri BDSP


Wednesday, August 10, 2011

Terima Kasih KFC Holdings

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada KFC Holdings, kerana sentiasa memberi sumbangan  kepada Bengkel Daya Sungai Petani.







Monday, June 20, 2011

Sambutan Hari Lahir Kakitangan dan Penghuni BDSP

Alhamdulillah, apa yang dirancang akhirnya berjalan dengan sempurna. Terima Kasih, tidak terhingga kepada kakitangan Bengkel Daya yang telah bekerjasama memastikan Majlis Sambutan ini berjalan dengan jayanya. Majlis Sambutan Hari Lahir ini telah diadakan pada 14 Jun 2011 pada pukul 12.00 tengahhari , bertempat di Dewan Selera Bengkel Daya Sungai Petani. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Kakitangan dan Penghuni OKU yang hari lahirnya jatuh pada bulan Januari hingga bulan Jun. 

Tuesday, March 8, 2011

~Bengkel Daya Sungai Petani~: SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL

~Bengkel Daya Sungai Petani~: SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL: "Tarikh: 24 Februari 2011 Tempat : Surau Bengkel Daya Sungai Petani. Jemputan: Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Penghuni OKU, Kakitanga..."

SAMBUTAN HARI MAULIDUR RASUL

Tarikh: 24 Februari 2011
Tempat : Surau Bengkel Daya Sungai Petani.
Jemputan: Kakitangan Bengkel Daya Sungai Petani, Penghuni OKU, Kakitangan PKMD Kuala Muda.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin Bin Kassim dari NGO Unggas. Setelah Majlis Bacaan Yassin selesai diikuti dengan ceramah  Maulidur Rasul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah.


Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Kamaruddin Bin Kassim
Bermulanya Ceramah Maulidur Rasul
Para Tetamu memberi sepenuh perhatian semasa Majlis Ilmu ini berlangsung
Para Penghuni OKu serta Pengusaha Bengkel
Ustaz Muhammad Bin Abdullah menyampaikan cenderahati Bengkel kepada
Ustaz Kamaruddin Bin. Kassim
Setelah majlis selesai, tetamu dijemput untuk makan tengahhari.
Hidangan pada Majlis tersebut
Para Penghuni sedang menikmati juadah tengahhari